Mari Bermujahadah..


K.C begitu tertarik degan artikel ini dan artikel ini telah diambil dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4681-mari-bermujahadah.html dan artikel yang mengeluarkan kata yang begitu meruntun jiwa sedikit sebanyak telah meruntun jiwa k.c untuk terus mmbaca tentang mujahadah ini..Seperti mana yang k.c tahu mujahadah adalah bermaksud berjuang, bersungguh – sungguh, berperang melawan musuh. 
Diri yang dibelenggu dosa pasti tiada padanya perasaan tenang, bahagia dan gembira. Sebaliknya, diri dikongkong dengan perasaan keluh kesah. Dosa itu umpama serbuk kopi tanpa gula yang dimasukkan ke dalam air panas, terlarut bersama air yang akhirnya diminum.
Analogi ini umpama bintik-bintik hitam yang tumbuh di dalam hati sehingga lama-kelamaan larut di dalam jiwa dan akhirnya terasa pahitnya berada dalam dosa. Bertuah pada mereka yang merasai dirinya berada dalam keadaan begini. Namun, bagi yang tidak merasainya, teruskan usaha untuk mencarinya.
Detikan yang muncul dalam hati dengan merasai dan menginsafi dosa-dosa ini adalah jentikan daripadaNya yang menyayangi hambaNya. Tuhan itu Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya. Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia mendekati kita.
Bagi yang menerima suntikan ini, bersyukurlah, kerana kamu adalah antara insan yang terpilih. Jangan pernah abaikan dan mensia-siakan hidayah ini kerana kita takut inilah hidayah terakhir kurniaanNya. Seandainya kita melepaskannya, apakah mungkin kita memperolehnya pada masa akan datang? Bagi yang belum mendapatkannya, ayuh, kita koreksi diri dan berusaha untuk mendapatkan hidayah semoga kita tersedar daripada igauan dosa.
Antara cara yang dapat kita usahakan untuk menimbulkan perasaan berdosa ini adalah dengan memperbanyakkan muhasabah. Setiap orang boleh bermuhasabah, namun, tidak semua yang dapat merasa nikmat muhasabah yang sebenar. Oleh sebab itulah kita dialu-alukan untuk menghadiri kuliah agama, usrah, program bagi membina sahsiah dan rohani dan seumpamanya.
Program-program sebegitu sedikit sebanyak akan menimbulkan bibit penyesalan dan melembutkan hati. Pengisian usrah yang berkualiti, sebagai contoh, meninggalkan bekas di hati masing-masing.

Bersahabatlah dengan sahabat yang baik kerana mereka boleh mengingatkan kita pada saat kita lalai dan lupa. Seterusnya, biasakanlah diri dengan solat, zikrullah, selawat dan membaca al-Quran sebaik mungkin, kerana inilah makanan utama rohani kita. Apabila hilang ia, maka hilanglah diri dan sifat kehambaan itu.
Selain daripada itu, jangan lupa untuk berjinak-jinak dengan Allah tatkala semua orang sedang tidur. Korbankan kesedapan tidur itu dengan merayu, meminta dan meluahkan segala-galanya, serta mengaku kelalaian dan kemungkaran kepadanya. Air mata inilah yang akan menjadi penyelamat pada hari akhirat kelak, insya-Allah.
Berdoa, merayulah padaNya agar Dia memimpin kita kembali ke jalan yang lurus dan meluruskan hati untuk kembali padaNya, di samping memohon kekuatan untuk terus bermujahadah dalam mencari hakikat hidup yang sebenar dengan mencintaiNya.
Akhir kalam, sebagai peringatan buat diri yang hina ini serta semua, ayuh kita kembali memperbaiki diri. Berusahalah untuk kembali kepada Allah kerana kita berada di bumi yang fana' ini tidak lama. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal. Ayuh kita manfaatkan masa taubat yang diberi Allah kepada kita..
Selain itu k.c jugak ini menerapkan di sni tentang faedah mujahadah terhadap umat islam:\
Faedah Mujahadah antara lain : • Menjernikan hati dan marifat Billah ( sadar kepada Alloh ) • Memperoleh hidayah Taufiq Allah SWT, Syafaat Tarbiyah Rosululloh SAW, Barokah Ghoutsu Hadzaz Zaman R.A • Mendidik menjadi orang yang sholeh / Sholihah, yang senantisa mendoakan kedua orang tuanya / leluhurnya. • Keamanan, ketentraman , kedamaian kesejahteraan, dan keberkahan hidup. 


dan disini k.c jugak ini mnerapkan adab2 untuk bermujahadah..


Adab – adab Mujahadah adalah :

• Dijiwai Lillah – Billah, Lirrasul – Birrasul, Lilghouts – Bilghouts

• HUDLUR : hati showan / ingat / menghadap kepada Allah SWT.

• ISTIHDLOR : merasa benar – benar berada dihadapan Allah SWT.

• Disertai TA‘DHIM ( menghormat ) dan MAHABBAH ( mencintai ) Rasulullah SAW.

• Disertai dengan Tadzallu (merasa rendah dan hina ) wal Iftiqor ( merasa sangat memerlukan ) TADHOLLUM ( merasa dholim dan berlarut – larut penuh dengan dosa dihadapan Allah SWT wa Rosulihi SAW wa Ghouts Hadzaz - Zaman Ra.

• Berkeyakinan bahwa Mujahadahnya / doanya diterima oleh Allah SWT ( jangan sampai ragu – ragu ).

• Merasa benar – benar ma'mum / mengikuti Hadrotul Mukaram Mbah Yahi, maka gaya, sikap, dan cara melaksanakan Mujahadah harus sesuai dengan tuntunan Beliau .

Ini adalah sedikit sebanyak daripada apa yang k.c sedang belajar dan apa yang k.c kajikan sekrang ini..walaupun k.c kurang mahir tentang perkara ini tetapi k.c juga sedang belajar untuk terus mendalami islam dari hati..Insyaallah sekiranya ada masa k.c akan msukkn entry2 yang berguna untuk tatapan kita semua..


Comments